Thursday, 14 December 2017

Bajet 2018 : 107 Lokasi Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia

SHARE



 Terengganu membangunkan perkhidmatan WiFi secara 'hotspot' di 107  lokasi menerusi program `Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia ’ (KTW1M)  di seluruh negeri bagi membolehkan pengguna menggunakan internet secara percuma.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, projek KTW1M inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital masyarakat khususnya di luar banda.
Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (5), Kemaman (32), Dungun (11), Besut (10), Hulu Terengganu (18), Marang (4), Setiu (17) dan Kuala Nerus (10).

“Hulu Terengganu meliputi kawasan luas sampai ke Telemong, Ajil dan ditambah dengan (pusat pelancongan) Kenyir, kawasan yang luas (luar bandar). Kemudahan yang disediakan kepada penduduk tersebut meliputi kelajuan yang cukup tinggi kerana hendak membantu keupayaan (jalur lebar) di negeri kita.

“Tetapi projek pengurusan cara berbeza..Untuk di bawah SKMM secara terus dari Kerajaan Pusat, untuk Terengganu kita sedia maklum sebagaimana yang dimaksudkan oleh Alur Limbat (PAS) daripada cadangan kita dulu 680 tempat tadi. Daripada jumlah itu, kita mampu 519 sahaja,”katanya ketika menjawab soalan YB Ariffin Deraman (PAS-Alur Limbat), di sidang Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Ghazali berkata, kemampuan jalur lebar dalam jarak 250 meter yang menggunakan teknologi HTML dan VSAT itu tidak terkecuali daripada berdepan masalah teknikal dan halangan untuk membangunkan keseluruhannya dengan lancar.

Tambahnya, kontraktor akan menyelesaikan masalah dengan memberi tumpuan kawasan penting seperti Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pusat pentadbiran negeri di Wisma Darul Iman dan kawasan tumpuan pelancongan bagi dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar yang lebih meluas.

 Untuk rekod, menerusi touchpoint ke-56 dalam Bajet 2018, kerajaan negeri juga turut istiqamah untuk memperluaskan liputan capaian Terengganu Wi-Fi. Selaras dengan kejayaan penyediaan 537 jalur lebar di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu pada 2017, maka pada 2018, kerajaan negeri akan melengkapkan kemudahan ini di Dungun dan Kemaman dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ringgit. -Terengganu.news

SHARE

Author: verified_user

0 komen: