Sunday, 17 December 2017

Atlet Sukan SEA, Para ASEAN Terima Insentif Malam Ini

SHARE

Kejayaan atlet Terengganu dalam temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini bakal dirai dalam Majlis Penyampaian Insentif Kejayaan yang diadakan di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel, malam ini.

Seramai 74 atlet negeri ini telah terpilih mewakili negara dalam Sukan SEA 2017 yang berlangsung 19 hingga 30 Ogos lalu dimana daripada jumlah itu, seramai 32 orang telah menyumbang pingat emas, 15 (perak) dan 15 (gangsa).

Sementara, Sukan Para ASEAN 2017 yang diadakan pada 17 hingga 23 September diwakili 28 orang atlet Terengganu dan daripada jumlah itu, seramai lima orang telah menyumbang emas, 11 (perak) dan 8 (gangsa).

Setiap atlet yang mewakili negara layak menerima sumbangan sebanyak RM500 untuk setiap kejohanan yang diwakili melalui Skim Wakil Negara (SWARA).

Bagi Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE), setiap pingat yang dimenangi melayakkan atlet wakil negara mendapat sumbangan untuk acara individu iaitu RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,500 (gangsa).

Dan bagi acara berpasukan, RM2,500 (emas), RM2,000 (perak) dan RM1,500 (gangsa).
SHARE

Author: verified_user

0 komen: