Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

54 Bayi Lahir Sempena Maulidur Rasul


Seramai 54 bayi 'Permata Maulidur Rasul' dilahirkan di negeri ini bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu pada 12 Rabiul Awal.

Daripada jumlah itu, seramai 37 bayi iaitu 22 perempuan dan 15 lelaki dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Bagi meraikan kelahiran bayi berkenaan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria meluangkan masa hampir setengah jam melawat mereka di PRIBA.

Menurut Ahmad Razif, bayi bertuah itu merupakan antara bayi yang akan dihadiahkan RM100 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk tahun ini.

“Ia sebagai jaminan pembelajaran dan persiapan awal pendidikan pada masa depan. Selain itu, ia bagi menggalakkan ibu bapa menabung bagi memberi jaminan kepada anak-anak mereka,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program ‘Permata Maulidur Rasul’ sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1439H/2017M di PRIBA, Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang tadi.

Menurut Ahmad Razif, lebih menggembirakan apabila setiap kelahiran di Terengganu pada tahun hadapan bakal mendapat insentif sebanyak RM300.

"Sebanyak RM100 pemberian kerajaan negeri dalam bentuk SSPN-i dan RM200 adalah hadiah daripada kerajaan persekutuan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 sebelum ini," katanya.

No comments: