Tuesday, 26 December 2017

4,847 Lampu Jalan Kampung Dipasang Seluruh Terengganu Sepanjang 2017

SHARE
Ahmad Razif (kanan) dan Ismail Sabri merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung peringkat negeri di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.

Sebanyak 4,847 unit lampu jalan kampung melibatkan kos keseluruhan RM4 juta siap dipasang di seluruh Terengganu sepanjang 2017.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada keseluruhan kemudahan yang disediakan di semua lapan parlimen itu, 447 daripadanya adalah lampu jenis LED.

Katanya, Terengganu antara negeri yang seratus peratus siap pemasangan lampu untuk kemudahan penduduk setempat itu sepanjang tahun ini.

"Kalau ikutnya kita semua sekali terima 4,847 unit lampu jalan. Jadi purata yang dipasang adalah antara 556 hingga 557 bagi setiap parlimen.

"Untuk 2018 ada lagi bajet tambahan jadi sudah pasti saya nampak isu atau permasalahan lampu jalan kampung ini akan dapat selesaikan," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Tahun 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Gelanggang Futsal Kampung Kesom, Kuala Nerus, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata RM100 juta diperuntukkan untuk lampu jalan kampung iaitu pemasangan sebanyak 120,000 unit lampu jalan kampung dan 6,333 daripadanya adalah jenis LED di seluruh negara.

Katanya, 81.4 peratus siap pemasangannya di seluruh negara dan dijangka sebelum 31 Disember ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menyiapkan keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak.

"Walau bagaimanapun untuk Terengganu, peruntukan sebanyak RM4 juta dengan 4,847 unit lampu jalan kampung di 799 buah kampung telah disiapkan 100 peratus oleh TNB.

"Cuma di Sabah yang lewat sikit tapi seperti dimaklumkan tadi sebelum 31 Disember kita siapkan kesemuanya dan untuk tahun hadapan mulakan yang baru untuk 2018," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan membelanjakan sejumlah RM70 juta untuk membayar bil elektrik bagi jalan kampung sepanjang 2016.

"Saya hendak maklumkan bahawa ramai yang apabila kita tawarkan lampu jalan kampung ini terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) kadang-kadang agak risau kerana takut mereka akan membayar bil elektrik tersebut.
"Tapi seperti yang disebutkan oleh Menteri Besar dalam ucapannya sebentar tadi (semalam) bahawa semua lampu jalan kampung di kawasan kampung dibayar oleh kerajaan," katanya.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*27 december 1988
*Kuala Terengganu
*UiTM Malacca
*Diploma in Mass Communication
*UiTM Shah Alam
*Degree in Journalism
*syaz_zain@yahoo.com

0 komen: