Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

400 Pelajar Miskin Di Besut Terima Bantuan Alatan Sekolah


Seramai 400 pelajar miskin di Besut menerima sumbangan bantuan peralatan sekolah daripada syarikat korporat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntung, Besut, hari ini

Program anjuran Majlis Kebajikan Pelajaran Daerah Besut ( MKPDB) itu bagi membantu keluarga miskin yang kurang berkemampuan untuk menyara anak bagi penggal persekolahan 2018.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, merasmikan program dan menyampaikan sumbangan berkenaan.

Yang Dipertua MKPDB, Yusof Kasim berkata, pihaknya mendapat kerjasama ahli- ahli korporat yang menyumbangkan pelbagai peralatan persekolahan.

Katanya, sepuluh syarikat korporat tampil memberi sumbangan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi menjayakan program itu.


Beliau berkata, program tahunan sejak 15 tahun lalu oleh badan bukan kerajaan (NGO) terbabit turut mendapat sokongan individu yang prihatin dengan nasib folongan berkenaan.

Idris ketika berucap merasmikan program itu mahu lebih banyak syarikat korporat tampil membantu pelajar miskin yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, kerjasama dengan NGO amat diperlukan bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam pendidikan.

No comments: