Saturday, 30 December 2017

200 Pelajar Terima Bantuan TNB

SHARE
200 pelajar yang kurang berkemampuan menerima sumbangan dari TNB bagi memulakan sesi persekolahan bermula tahun hadapan. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Seramai 200 pelajar dari lima sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima sumbangan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui program 'Back To School' 2018, hari ini.

Dalam program yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu juga, 43 pelajar cemerlang dari dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut menerima sumbangan.

20 pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR, masing-masing menerima RM200 dan baucer dari Kedai Kasut You manakala bagi yang mendapat keputusan 6A menerima RM300 serta baucer Kedai Kasut You bernilai RM100.

Bagi lapan orang pelajar cemerlang PT3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir menerima wang tunai berjumlah RM400 berserta baucer dari Kedai Kasut You bernilai RM100.


Dalam pada itu, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Terengganu, Ahmad Rashidi Ab Hamid @ Azis berkata  progran tersebut merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam bidang pendidikan.

Katanya, progran bantuan kelengkapan persekolahan murid-murid tersebut bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan.

"TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ramai anak.

"Program anjuran TNB ini turut dilaksanakan di 50 buah daerah di seluruh negara. Mereka menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM200 setiap orang dengan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 juta," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam program 'Back To School' di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*27 december 1988
*Kuala Terengganu
*UiTM Malacca
*Diploma in Mass Communication
*UiTM Shah Alam
*Degree in Journalism
*syaz_zain@yahoo.com

0 komen: