Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1.7 Tan Sisa e-Waste peranti mudah alih dipungut semula

Antara kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara di PI1M Kampung Tok Randok,Ajil,Hulu Terengganu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengumpul lebih daripada 1.7 tan sisa elektronik (e-Waste) peranti mudah alih melalui program Mobile e-waste "Old Phone, New Life" pada akhir September tahun lalu, sejak diperkenalkan bermula Ogos 2015.

Timbalan Menterinya, Dato' Seri Jailani Johari berkata, program ini juga merupakan satu inisiatif SKMM bagi menyokong komitmen Malaysia untuk mengurangkan keupayaan pelepasan gas rumah hijau (GHG) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding dengan intensiti pengeluaran KDNK pada tahun 2005 seperti yang disahkan dalam Perjanjian Paris.

 Katanya, program itu mempunyai pilihan yang lebih baik untuk mengitar semula sisa elektronik (e-Waste) dengan cara membantu melindungi alam sekitar melalui budaya 3R iaitu Mengurangkan, Mengguna Semula dan Mengitar Semula.

"Ini adalah sebahagian daripada program e-waste Mobile MCMC yang bertemakan "Old Phone, New Life" yang berada dalam misi untuk mengumpul peranti e-Waste mudah alih melalui program kitar semula bersama sambil mendidik orang ramai tentang kepentingan melupuskan barangan tersebut melalui alam sekitar.

"Orang ramai boleh membuang peranti mudah alih dan aksesori lama mereka ke dalam kotak pengumpulan di 105 premis terpilih di seluruh Malaysia termasuk lebih 750 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara,"katanya ketika ditemui pemberita di Majlis 'Back To School' Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, hari ini.

 Jailani berkata, komponen elektronik yang terdapat dalam peranti elektronik masa kini mengandungi bahan pencemar seperti plumbum, kadmium dan raksa yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serta persekitaran yang serius jika tidak berjaya dilupus dengan baik.

Tambahnya, kebanyakan pengguna masih menyimpan peranti lama mereka di dalam laci mereka atau hanya membuangnya seperti sisa buangan isi rumah.

"Kaedah pelupusan sedemikian sangat berbahaya kerana bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari aktiviti pembakaran di tapak pelupusan akan mencemarkan alam semula jadi dan dengan itu menjejaskan kesihatan manusia.

"Melalui proses kitar semula, 90 peratus bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih dan aksesori boleh dipulihkan melalui proses pengekstrakan yang dikenali sebagai "perlombongan bandar,"katanya.

Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada semua jenis sisa yang dihasilkan dari peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet, komputer riba, termasuk bank kuasa(power bank), pengecas, bateri dan aksesori peranti.

No comments: