Wednesday, 27 December 2017

1,500 Warga Emas Di Besut Dapat Cermin Mata Percuma

SHARE
Seramai 1,500 warga emas di Besut  berpeluang mendaftar diri untuk mendapatkan cermin mata rabun dekat secara percuma yang diadakan selama dua hari di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih, semalam.

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Syarikat Korporat itu terbuka kepada semua penduduk berumur 45 tahun ke atas.

Presiden PBPM, Hussin Awang Ngah berkata, penduduk di daerah itu memberi sambutan yang menggalakkan apabila 1,500 mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi dan berakhirlapan jam kemudian.



Katanya, KRT Bandar Jertih diberi tanggungjawab mendaftar orang ramai bagi mendapatkan sumbangan oleh sebuah syarikat korporat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu.

Beliau berkata, penduduk pelbagai kaum di daerah berkenaan termasuk kakitangan pelbagai jabatan berebut-rebut mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran itu dilancarkan pagi kelmarin dan berakhir petang semalam.

“Saya amat gembira melihat ramai yang berkunjung ke Pusat Rukun Tetangga berkenaan, malah ada yang meminta tempoh pendaftaran itu dilanjutkan berikutan masih ramai yang berminat menyertainya,” katanya.

Hussin berkata, beliau memilih KRT Bandar Jertih untuk mendaftar permohonan kerana badan bukan kerajaan itu mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat setempat malah menerusi Program Sayangi Komuniti anjurannya sentiasa mendapat sambutan.



Katanya, dia tidak menyangka dalam tempoh 18 jam kaunter pendaftaran dibuka ribuan penduduk mengambil kesempatan untuk mendapatkan cermin mata percuma itu.

Beliau juga berharap supaya pendaftar bersabar menunggu proses untuk mendapatkan cermin mata terbabit daripada pihak penyumbang utama.

Katanya, majlis penyerahan cermin mata terbabit kepada pemohon dijangka diadakan pada akhir Januari depan dan akan disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: