Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,200 Jemaah Bakal Sertai Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB 2018

Jailani dan barisan kepimpinan negeri Terengganu bersama alumni program Khas Haji Perdana Menteri  - Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Seramai 1,200 calon bakal dipilih untuk menyertai program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB untuk siri ke-8 pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa program tersebut, Dato’ Jailani Ngah berkata beberapa kelaianan turut ditonjolkan bagi musim haji pada tahun hadapan itu.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, jemaah yang bakal dipilih tersebut turut melibatkan media serta pemimpin mahasiswa untuk dijadikan sebagai urusetia program.

"Jemaah ini nanti akan terdiri daripada para imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K). Kita juga akan lantik barisan urusetia untuk bertugas di Tanah Suci nanti. Urusetia ini akan terdiri daripada media atau wartawan serta dua orang lagi daripada kalangan pemimpin mahasiswa untuk kuota Terengganu.

"Jumlah urusetia yang akan dilantik adalah 50 orang pada tahun hadapan. Bermakna 1150 orang terdiri daripada imam, Pengerusi J3K dan 50 orang terdiri daripada yang saya sebutkan tadi," katanya.


Beliau ditemui pemberita Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB Dan Pelancaran Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB di TH Hotel, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri serta kepimpinan setempat.

Dalam pada itu, Jailani berkata buat masa sekarang, terdapat seramai 5,711 alumni bagi program yang telah bermula sejak 2011 itu.

Katanya, tujuan alumni tersebut ditubuhkan adalah untuk menjadi penggerak untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang selain benteng hadapan untuk jentera Barisan Nasional.


"Apa yang kita buat sekarang ini adalah untuk menghargai sumbangan dan jasa Dato Seri Ahmad Najib Abd Razak selaku Perdana Menteri.

"Masing-masing mempunyai tanggungjawab masing-masing. Peringkat J3K mempunyai peranan di peringkat Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya manakala para imam mempunyai peranan sebagai pensyarah agama dan sebagainya," katanya.

No comments: