Thursday, 28 December 2017

1,000 Anak Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan Sekolah

SHARE

Hampir 1,000 anak pekebun kecil getah di Terengganu mendapat manfaat apabila Yayasan Risda dan Yayayan Taqwa menyumbang pakaian seragam sekolah menjelang pembukaan persekolahan 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, golongan berpendapatan rendah di negeri ini amat beruntung kerana mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan bagi membiayai persekolahan anak-anak terutama menjelang sesi baharu.

Katanya, purata ibu bapa dalam kategori miskin sekurang-kurangnya mendapat antara RM400 dan RM500 setiap seisi keluarga bagi membiayai persediaan sekolah hasil sumbangan kewangan dan peralatan sekolah dari kerajaan dan agensi Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, tidak timbul masalah ketiadaan wang untuk mengurus pembiayaan sekolah kerana setiap hujung tahun mereka dalam kategori tidak berkempuan dan B40 mendapat durian runtuh dari pelbagai pihak.

“Ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah mereka sentiasa diberi perhatian dan kerajaan juga turut mewujudkan pelbagai dana bagi membantu golongan miskin negeri ini,” Katanya ketika majlis penyampaian sumbangan pakaian seragam sekolah rendah anjuran Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu, di Dewan Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.


Pada majlis itu seramai 371 anak pekebun kecil dari Daerah Besut dan DUN Jabi menerima sumbangan daripada Yayasan Risda dan Yayasan Taqwa.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pengarah Risda Terengganu Che Isa Rahimie.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, pada tahun ini hampir 1,000 anak pekebun kecil negeri ini mendaapat bantuan daripada agensi kerajaan pusat itu bagi dengan menyediakan peralatan sekolah.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan dana pakaian sekolah kepada rakyat berpendapatan rendah dengan setiap keluarga mendapat antara RM100 hingga RM200 seorang dan pengagihannya sedang berjalan seluruh negeri sekarang.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: