Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Waspada Bah Melanda - Ghazali


"Berikutan Musim `Bah' (Banjir) yang kini mula melanda Pantai Timur, saya mahu ingatkan dan nasihatkan kepada semua khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, yang mana kampung-kampung yang terlibat banjir, berwaspadalah dengan keadaan semasa," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ghazali Taib.

Beliau mengulas demikian di laman facebook Pejabat DUN Ajil susulan banjir yang melanda kawasan  itu berikutan gelombang pertama yang bermula semalam.

Jelasnya, hujan yang turun agak lebat sejak dua hari lalu dan mengikut ramalan akan berlarutan hingga hujung bulan ini berkemungkinan besar boleh menyebabkan limpahan air sungai dan menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di kampung pedalaman seperti Kampung (Kg)  Pengkalan Ajal, Kg Kua, PPSK Gunung Menerong, Lubuk Periok, Peneh, Menerong, Peris, Betong, Lubuk Batu dan juga Kg. Bukit Kolam.

"Oleh yang demikian, saya mohon agar semua penduduk yang kampung terlibat banjir supaya sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa seperti J3K, Sukarelawan Banjir Tempatan,Angkatan Pertahanan Awam( APM), Bomba, Polis, Rela dan juga yang lain.

"Awasi keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan juga jiran tetangga. Marilah sama-sama kita doakan agar keadaan supaya tidak begitu teruk dan semuanya selamat,"katanya.

Katanya, insyaAllah pihak DUN dan juga Sukarelawan Banjir DUN Ajil akan menghulurkan bantuan sedaya upaya dengan kadar segera bagi menjaga kesejahteraan dan keselesaan bersama.

"Antara pusat pemindahan banjir yang dibuka dan kawasan yang dinaiki air setakat semalam adalah Kg. Pengkalan Ajal ,Kg. Tok Gebok,Kg. Hulu Lerek,Kg. Durian Kassim,Kg. Baru Sg. Mali ,PPMS Bukit Ara ,Kg. Tok Randok ,Kg. Bukit Kolam ,Kg. Lubuk Batu ,Kg. Merbau Pulas,Taman Ajil Perdana dan Pekan Ajil,"katanya.

No comments: