Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tujuh Calon Duduki SPM Di Hospital

Antara calon yang menduduki SPM di HSNZ, Kuala Terengganu.

Tujuh daripada 20,526 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, bermula hari ini.

Melalui tinjauan media, ada di antara pelajar berkenaan terlibat dengan kemalangan, demam denggi, asma dan menghidap sawan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abd Rahman berkata, jumlah itu melibatkan 18,642 calon dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

"Selain itu, selebihnya calon dari MRSM (770), SMA Negeri (77), sekolah swasta (110), persendirian (927) dan Calon Berkeperluan Khas (73).

"Jumlah pusat terlibat di seluruh Terengganu adalah sebanyak 172 dengan penglibatan seramai 1,377 petugas sepanjang peperiksaan ini berlangsung," katanya.


Beliau ditemui pemberita ketika melawat calon SPM di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam pada itu, Bazlan menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi banjir di Terengganu terutamanya ketika musim peperiksaan yang sedang berlangsung.

"Kita sudah biasa menghadapi bencana banjir sebelum ini. Maksud saya, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sentiasa bersedia kerana sentiasa menghadapi banjir.

"Seperti di DUN Batu Rakit, ada satu sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Rakit tapi masih boleh mengambil peperiksaan tapi kita hantar menggunakan kenderaan tentera ekoran laluan masuk ditenggelami air," katanya.

Selain dari itu, beberapa sekolah lain seperti SMK Bukit Payung, Marang dan SMK Kuala Jengal, Dungun turut diberi perhatian jika laluan ke sekolah tersebut turut dinaiki air.

No comments: