Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tingkatkan Penguatkuasaan, Elak Dera Kanak-Kanak Berulang


Dato' Basir dan Dato' Seri Ismail beramah mesra dengan peserta Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan Pusat akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan setiap pengambilan pengasuh di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) benar-benar memenuhi kriteria supaya kejadian  pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak berulang.

Sikap memikirkan keuntungan, mengambil pengasuh tidak terlatih, mempunyai masalah kesihatan dan mengambil ramai kanak-kanak, antara penyumbang kes pengabaian serta penderaan kanak-kanak

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri Ismail Abd Muttalib, berkata walaupun kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taska tidak serius, namun kerajaan mahu memastikan kes di tahap sifar.

Katanya, justeru mengingatkan pemilik taska mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengekang pelbagai kejadian buruk di taska.

“Sebelum mengambil pekerja, pengusaha Taska sewajarnya  memastikan individu sihat mental dan fizikal, selain berpendidikan, penyabar, kental spiritual serta emosi.

"Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementerian dalam memastikan semua Taska, berada pada tahap memuaskan," katanya selepas Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam.

Hadir sama Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya, pengusaha juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, sebaliknya memastikan jumlah kanak-kanak memadai dengan kekuatan kakitangan.

"Memang ada kes Taska tidak berdaftar mengambil kanak-kanak dalam kuantiti ramai dan JKM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berkaitannya.


"Justeru, semua Taska yang tidak berdaftar segera mendaftar bagi membolehkan mengikuti kursus dan latihan dianjurkan kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,”katanya

No comments: