Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

THT Bakal Pertahan Piala Tun Abdul Razak Malam Ini


Terengganu selaku juara bertahan menepati ramalan mara ke pentas final bakal bertemu Perak dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak Edisi ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam ini.

Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi separuh akhir.


Biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi Dangerous Lee Mathew yang memanfaatkan gerakan pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama, ayam tambatan THT, Faizal Saari mengesahkan kemenangan apabila meledak dua jaringan dalam tempoh tiga minit untuk membawa Terengganu ke perlawanan akhir.


Manakala Perak pula mara selepas menundukkan Melaka 2-1 melalui penalti 'sudden death'.

Perlawanan pada malam ini akan bermula jam 8.30 malam yang dijangka turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

No comments: