Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sedia Lupus Al-Quran Rosak Di Pulau Pinang Secara Percuma

Ghazali turut serta dalam Program Pelupusan Kiub Abu Al-Quran ke laut di Perairan Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kerajaan negeri bersedia membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir di Pulau Pinang secara percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mempunyai kepakaran dan peralatan dapat membantu melancarkan proses berkenaan.

“Kita sedia maklum, apabila berlaku banjir besar sebagaimana pernah berlaku di Kelantan dan baru-baru ini di Pulau Pinang, sudah tentu ada masjid atau pusat-pusat pengajian berteras agama dan al-Quran yang turut terkena musibah banjir sehingga menyebabkan ia mengalami kerosakan.

“Jadi, kerajaan negeri bersedia membantu proses pelupusan secara percuma.  Tetapi bagi kos pengangkutan untuk menghantar pula ditanggung oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang,” katanya.  

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Pelupusan Kiub Abu Al-Quran ke laut di Perairan Terengganu, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak tiga tan abu al-Quran yang dilupuskan secara kiub dilepaskan sejauh 10 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Sebanyak 515 kiub dilepaskan pada kedalaman 30 meter merupakan program pertama tahun ini.

Sejak diperkenalkan pada 2012, sebanyak 70.45 tan abu al-Quran dilupuskan ke dalam laut oleh pihak JHEAT.

Tahun ini JHEAT telah melupuskan 19 tan Al quran dan inovasi pelupusan secara kiub merupakan kali kedua sejak diperkenalkan tahun lalu.

Menurutnya, inovasi itu dihasilkan berikutan JHEAT berhadapan kesukaran apabila abu tersebut berterbangan ketika mengendalikan proses tersebut sebelum ini sehingga melakukan inovasi atas nasihat Jabatan Alam Sekitar.

No comments: