Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Juara Keseluruhan Kapal Layar GP Monsun



Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan  Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah Kassin

Cabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pasukan terbaik keseluruhan dalam kejohanan yang berakhir petang semalam, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

Kejayaan itu membolehkan pasukan negeri membawa pulang wang RM3,000 berserta piala pusingan serta piala iringan.


Atlet tuan rumah berbakat besar, Asmawi Azman dinobatkan sebagai pelayar terbaik melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.

Anak jati Pulau Duyong itu turut  meraih johan kategori Laser Radial Open.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Dato’ Mohd Zubir Embong.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri yang juga Presiden Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA), A. Latiff Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah 
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh.


Sementara pelayar dari Thailand, Panwa Boonnak menguasai kategori Optimis Overall manakala pelayar Kedah, Muhammad Fauzi Kaman Shah (Laser 4.7 Overall) dan 
Muhammad Danial Shahidan dari Perak (Laser Standard).

Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama MSNT, Jabatan Pelancongan negeri dan TWSA selama empat hari dengan tawaran hadiah keseluruhan lebih RM60,000 kepada pemenang turut menyaksikan penyertaan pasukan Thailand serta Singapura.

No comments: