Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Inc Bayar Dividen RM5 Juta Kepada Enam Agensi Pemegang Saham

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kiri) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM5,004,016.18 kepada enam agensi pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 2016.

Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu itu membuat pembayaran kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu, Yayasan Islam Terengganu (YIT), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Menteri Besar (Terengganu) Incorporated.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berhadapan dengan kekangan kewangan disebabkan situasi semasa ekonomi global, ianya tidak menghalang pembayaran dividen tersebut dilaksanakan.

Katanya, agihan dividen itu disifatkan sebagai pencapaian memberangsangkan dan akan turut dirasai oleh rakyat negeri ini.

“Sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga tahun lalu, Terengganu Inc telah membuat bayaran dividen sebanyak RM59,893,128.19 kepada pemegang sahamnya.

“Ia adalah salah satu daripada lakaran cerita kejayaan daripada ratusan cerita kejayaan yang dicapai oleh negeri ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyampaian Agihan Dividen Terengganu Incorporated Sdn Bhd Kepada Pemegang Saham di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya.


Agihan dividen itu menyaksikan sebanyak RM3,745,426.51 akan dibayar kepada Menteri Besar (Terengganu) Incorporated, RM956,024.99 (PMINT), RM89, 318.50 (Yayasan Terengganu), RM75,181.41 (Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Terengganu dan RM138,064.77 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu.

Ahmad Razif berkata, Terengganu Inc sedang melaksanakan beberapa pelan strategik bagi memastikan prestasi kewangan dan pelaburan kumpulan kekal kukuh bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi semasa.

“Antara pelan strategik itu meliputi penyelarasan semula aktiviti di bawah agensi kerajaan negeri, penstrukturan semula Kumpulan Terengganu Inc dan pelaksanaan Strategic Business Pelan 2018 -2020 secara menyeluruh bagi Kumpulan Terengganu Inc.

“Kita yakin usaha itu akan membuahkan hasil serta memberi pulangan lumayan kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

No comments: