Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Bakal Bina Pusat Rehabilitasi Serba Lengkap

Ahmad Razif meninjau kemudahan yang berada di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kerajaan negeri akan berkolabarasi dengan Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka bagi membina pusat kesihatan yang sama di Terengganu dengan kemudahan serba lengkap.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kecanggihan dan kehebatan prasarana serta fasiliti di Pusat Rehabilitasi Perkeso itu menjadi contoh untuk mewujudkan kemudahan serupa di Terengganu.

Katanya, dua lokasi sedang dikenal pasti bagi pembinaan pusat itu iaitu di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu serta di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


"Sebagai permulaan kerajaan negeri bercadang untuk membukanya terlebih dahulu di Hotel Permai Inn berhadapan dengan Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) dan di samping itu kita juga berhasrat untuk buka pusat yang lebih besar dengan fasiliti lebih lengkap iaitu di Tasik Kenyir.

"Dalam seminggu atau dua minggu lagi pihak dari Pusat Rehabilitasi Perkeso ini akan berkunjung ke Terengganu bagi mengenal pasti dan juga memberikan nasihat selain sebagai konsultan kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka, hari ini.


Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengurus Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Dr Hafez Hussain.

Ahmad Razif, pusat rehabilitasi yang akan dibina itu akan memberi fokus kepada atlet Terengganu yang mengalami masalah kesihatan.

"Kita akan memberi fokus terutamanya kepada atlet-atlet disebabkan Terengganu merupakan salah satu negeri yang mengeluarkan atlet-atlet berkualiti.

"Jadi kerana memikirkan sosial kepada mereka, kerajaan negeri akan memastikan atlet-atlet kita yang cedera ataupun menghadapi masalah kesihatan serta sebagainya dijaga kerana sumbangannya kepada negeri.


"Di samping itu juga, kita akan memberi perkhidmatan dan fokus kepada rakyat-rakyat kita, rakyat negeri Terengganu," katanya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata pusat rehabilitasi di Permai Inn akan dibina secepat mungkin.

Katanya, ia mungkin akan boleh memulakan operasinya pada Januari atau Februari tahun hadapan.

No comments: