Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tentera Siber UMNO Perlu Pantas Tangani Isu Negatif-Ahmad Zahid



Tentera siber UMNO perlu pantas menangkis sebarang isu negatif untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan oleh pihak pembangkang khususnya perkara yang menjatuhkan karakter pemimpin, tegas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata,tentera siber UMNO harus bijak mengurus isu yang ditimbulkan dengan segera kerana ianya tidak mustahil boleh merosakkan imej kepimpinan atau kerajaan yang ada.

"Hari ini kita dapat lihat bagaimana sesebuah persepsi yang tidak diuruskan dengan baik boleh menjatuhkan ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik.

"Sekiranya kita tidak dapat mengatasinya segera dan hanya mendapat jawapan tiga atau empat bulan kemudian, maka berlakulah apa yang bekas Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga lakukan terhadap Pas apabila parti itu dituduh menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya lagi, tentera siber UMNO merupakan pahlawan barisan hadapan yang sudah dilatih dan bertindak segera untuk menguruskan persepsi negatif.

"Mahkamah awam lebih berkuasa daripada mahkamah undang-undang pada hari ini. Jika persepsi itu gagal diuruskan dengan baik, kita akan tenggelam," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia merupakan antara negara tertinggi di dunia mempunyai peratusan penduduk yang aktif dalam media sosial, membabitkan 60 peratus daripada populasi penduduk.



Konvensyen yang dihadiri lebih 3,800 jentera media sosial daripada 165 bahagian seluruh Malaysia diadakan untuk memberi penerangan mengenai kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada setiap penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

No comments: