Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tangisan Gembira Iringi Kepulangan Nelayan Ditahan Di Indonesia

Zaidi dan Firdaus dikelilingi keluarga masing-masing sejurus tiba di kampung halaman petang ini selepas hampir lapan bulan ditahan pihak berkuasa Indonesia. Foto oleh Zulkipli C W Putra

Tangisan gembira mengiringi pembebasan dua daripada tiga nelayan yang selamat pulang ke kampung halaman hari ini, selepas hampir lapan bulan ditahan di Indonesia.

Mohd Zaidi Mohammad, 23, dari Seberang Takir dan Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman ditahan sebagai saksi perbicaraan tekong bot, Abdul Rashid Nik, 52, yang kini masih ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Kepulangan Zaidi dan Firdaus disambut  dengan penuh kesyukuran dan gembira oleh ahli keluarga serta rakan rapat masing-masing di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, petang ini.

"Terima kasih kepada YAB MB (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) sebab tolong usahakan kami bebas dan dapat balik ke pangkuan keluarga selepas hampir lapan bulan ditahan.

Zaidi
"Memang perit dan trauma dengan apa yang kami lalui, tapi syukur sebab akhirnya kami bebas,"kata Zaidi.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, sepanjang ditahan, dia sentiasa berdoa dan berharap dapat dibebaskan segera yang mungkin kerana tidak sanggup untuk terus menanggung kerinduan berjauhan dengan keluarga terutama ibunya, Rukiah Mustafa, 52.

Sementara Firdaus pula berkata, dia masih sempat menghubungi keluarga dan isteri Erna Abd Rashid, 21, bagi bertanya khabar dan melepas kerinduan menerusi telefon yang dipinjam daripada penduduk kampung sepanjang ditahan.

"Saya sangat bersyukur sebab dapat jumpa semula isteri dan keluarga. Tempoh lapan bulan itu cukup berat ujian dan membuatkan saya serik.. bimbang peristiwa malang ini berulang lagi.

Firdaus
"Saya sentiasa memikirkan bagaimana kesudahan proses perbicaraan itu.. Malah ketika hari pertama ditahan, saya juga membayangkan akan mati. Saya turut dimaklumkan orang Indonesia, mungkin penahanan boleh memakan masa yang sangat lama sehingga beberapa tahun..Tidak tahu berapa lama perlu tunggu,"katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas inisiatif mengusahakan pembebasan mereka.

Pada 27 Mei lalu, dua daripada lima nelayan yang ditahan itu, iaitu Mohd Fadly Jaafar, 40 dan Abdul Halim Nik, 43, masing-masing dari Seberang Takir berjaya dibebaskan selepas sebulan ditahan.

Dalam insiden, 8 April lalu, lima nelayan terbabit bersama seorang awak-awak warga Thailand ditahan pasukan Tentera Laut Indonesia ketika berada pada jarak lima batu nautika melepasi sempadan perairan antarabangsa kira-kira 11.30 pagi.

Pembebasan nelayan berkenaan adalah hasil saluran rasmi dan usaha peribadi penyelaras misi, Badrul Hisham Zaki bagi membawa pulang mereka dengan kerjasama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif.

Turut serta menguruskannya bagi pihak Menteri Besar,  Setiausaha Politik beliau, Dr. Rozailan Mamat.

No comments: