Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Talian Hotline 24 Jam Pejabat MB

Ahmad Razif melancarkan Talian Hotline Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Kerajaan negeri memperkenalkan Talian Hotline 24 Jam Pejabat Menteri Besar Terengganu bermula hari ini untuk memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang aduan.

Talian Hotline berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menurut Ahmad Razif, talian tersebut berperanan menerima maklumat, aduan dan bertindak menyalurkan kepada jabatan atau agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan.

“Selain membantu pihak kerajaan mengenalpasti isu-isu semasa dan kritikal melalui aduan yang diterima, dengan khidmat kemudahan komunikasi 24 jam yang ditawarkan secara tidak langsung akan membantu kerajaan negeri mendapatkan dan menyalurkan maklumat kepada pihak bertanggungjawab secara lebih bersepadu,” ujarnya.

Katanya, orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat).

“Berpegang kepada tagline ‘Mudoh Sokmo’, orang ramai kini boleh mengemukakan sebarang aduan samada melalui panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp dan sebagainya dengan lebih sistematik,” ujarnya.


No comments: