Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tabung Wakaf UMT Sumbang RM1 Juta Kepada Maidam


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Tabung Waqaf Ilmu UMT menyumbangkan sebanyak RM1 juta wakaf tunai kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Tabung yang mula ditubuhkan dengan kerjasama Maidam berkuatkuasa 2016 lalu dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertujuan untuk memanfaatkan serta diagihkan kepada pihak yang layak menerima wakaf.

Selain itu, ia juga bagi tujuan keilmuan seperti Biasiswa Wakaf Pendidikan UMT kepada para pelajar, Geran Penyelidikan kepada para pensyarah dan pembinaan prasana untuk kemudahan pelajar dan warga UMT.

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, kutipan sebanyak RM1 juta tersebut adalah hanya daripada warga UMT sahaja.

"Walau bagaimanapun, kami amat mengalu-alukan komitmen para hadirin untuk sama-sama terus membantu menyalurkan sumbangan kepada pelajar melalui portal MyEhsan," katanya ketika berucap dalam Majlis Santapan Malam Sempena Majlis Konvokesyen Ke-15 UMT di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam majlis yang sama, Sultanah Terengganu berkenan menyempurnakan sumbangan Tabung Waqaf Ilmu UMT dan penerimaan tajaan 'endowmen' berjumlah RM150,000 dari RHB Islamik Sdn Bhd.

Selain itu, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Buku Ikan Lut Sinar terbitan Penerbit UMT bersama-sama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

No comments: