Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SMK Lembah Bidong Juara Kali Keempat Perkiss


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu berjaya mengekalkan johan buat kali keempat berturut-turut, manakala SMK Kerteh pula memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Perkiss) 2017.

Dalam pertandingan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kementerian Pendidikan Malaysia itu juga, SMK Lembah Bidong turut memenangi Anugerah Khas Pembudayaan Amalan Kitar Semula Terbaik.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, kejayaan SMK Lembah Bidong dan Kerteh itu suatu rekod yang membanggakan kerajaan negeri khususnya sektor pendidikan negeri dan warga pendidik khasnya.

"Bagi pihak JPNT dan seluruh warga pendidik, saya amat berbangga dengan lakaran kejayaan di peringkat nasional ini.

"Kerja berpasukan dan komitmen semua pihak dalam memastikan persekitaran terjaga dan bersih selain amalan kitar semula bahan terpakai dipupuk di peringkat sekolah membawa kepada pengiktirafan ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.

Penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar di Anjung Floria Putrajaya oleh  sempena Hari Kitar Semula Negara 2017 pada 18 November ini.

No comments: