Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Skuad Sukarelawan TTB Lancar Misi Bantuan Ke Penang

Rozi bersama Skuad Sukarelawan TTB  bergambar sebelum bertolak ke Pulau Pinang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 


Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB)  dengan kekuatan 200 tenaga kerja bertolak  ke Pulau Pinang pagi ini, bagi membantu mangsa bencana banjir di negeri itu.

Penghantaran kumpulan pertama terdiri daripada  sukarelawan dari Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Persatuan Anak Terengganu (Permata)  Zon Timur diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat,  bergerak dengan menaiki empat bas dan empat pacuan empat roda.

Turut menyertai kumpulan itu, Timbalan Pegawai Eksekutif SSTTB, Armi Irzan Mohd dan Penolong Pegawai Khas Operasi SSTTB, Mohd Rosdi Mohd Zain.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka turut serta  pada hari terakhir operasi pembersihan.

SSTTB turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dengan menyediakan peralatan seperti waterjet dan lori untuk mengangkut keperluan logistik.

Rozi berkata, mereka akan berada di Pulau Pinang selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membersihkan kemudahan awam yang terjejas banjir melibatkan sekolah, balai raya, dewan orang ramai, masjid, surau, klinik dan kemudiannya ke rumah-rumah mangsa.

“Kekuatan 200 tenaga kerja ini akan dipecahkan mengikut kumpulan untuk menyelesaikan misi membersih kawasan di Tasik Gelugor, Permatang Pauh dan Balik Pulau.


“Sebahagian ahli SSTTB lain akan menyusul  secara berperingkat-peringkat sehingga selesai misi amanah yang dipertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan SSTTB Ke Pulau Pinang di Dataran Tembesu, Kuala Nerus, pagi ini.

Rozi turut memberitahu, umum sedia maklum bantuan seumpama itu bukan kali pertama malah banyak kali, termasuk misi bantuan terbesar iaitu di Kelantan dan di negeri sendiri melibatkan Kemaman, Dungun, Setiu serta Kuala Nerus.


“Sebaik selesai misi di Pulau Pinang, berkemungkinan akan ke Bangladesh untuk membantu pelarian Rohingya,”katanya.

No comments: