Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Skuad Sukarelawan Perwani Muda Komited Bantu Mangsa Banjir

To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu menggerakkan skuad sukarelawan muda Perkumpulan Wanita (Perwani) di bawah jabatan itu bagi membantu mereka yang ditimpa bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, skuad yang dianggotai anggota Perwani berusia 40 tahun ke bawah itu aktif turun padang membantu masyarakat memerlukan.

“Mereka sangat komited membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan termasuklah memberikan kaunseling kepada mangsa yang berdepan dengan trauma akibat bencana itu,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, kira-kira 400 sukarelawan skuad terbabit sentiasa bersiap siaga untuk memberi khidmat di semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Sambutan Hari Wanita yang diadakan Roslee berkata, bertepatan dengan tema ‘Be Bold For Change’, kaum wanita di negeri ini disarankan berani membuat perubahan dan menghadapi cabaran mendatang.


“Kita harap wanita-wanita negeri Terengganu boleh meningkatkan lagi prestasi termasuk dalam kerjaya yang mereka ceburi.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan wanita selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

No comments: