Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Serikandi Pertahan Classic Plate Kali Kedua

Ahmad Razif turut meraikan kemenangan Serikandi dalam kejohanan PTIWRBNM 2017 di Melaka.

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) berjaya mempertahankan gelaran juara bagi kategori Classic Plate dalam Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) di MITC, Melaka yang berakhir hari ini.

Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kemenangan tersebut adalah hasil tunjuk ajar oleh jurulatih selain kesungguhan oleh ahli Serikandi sendiri ketika bersaing.

"Syukur kali ini di Melaka kami (Serikandi) sekali lagi menjadi juara untuk kategori Classic Plate buat kali kedua. Ini adalah berkat tunjuk ajar daripada jurulatih kami ditambah pula dengan kesungguhan, semangat kerjasama dan kesukanan yang kuat serta jitu antara kalangan ahli-ahli Serikandi menyebabkan kami dapat menggenggam sekali lagi piala ini.

"Walaupun ahli-ahli Serikandi ini terdiri daripada kalangan isteri-isteri yang berkhidmat serta sibuk dengan tugas masing-masing mengikut suami ke sana sini tetapi Alhamdulillah kami dapat merealisasikan sekali lagi untuk menggenggam piala Classic Plate buat kali kedua," katanya kepada pemberita.


Beliau ditemui pemberita dalam majlis Penutup  PTIWRBNM di MITC Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron dan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan badminton Serikandi membawa pulang medal serta piala iringan.

No comments: