Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sembilan Sekawan Pegawai UMT Terima Ijazah Sarjana


Sembilan pegawai UMT dari pelbagai skim dan gred jawatan berjaya menamatkan pengajian dan menerima segulung ijazah sarjana. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Bekerja, belajar dan bersama-sama bergraduasi. Mereka adalah sembilan pegawai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari pelbagai skim dan gred jawatan yang berjaya menamatkan pengajian serta menerima ijazah sarjana sempena Majlis Konvokesyen UMT Ke-15, di Dewan Sultan Mizan, UMT, Kuala Nerus, hari ini.

Istiadat pembukaan majlis konvokesyen meraikan 2,717 pelajar berkenaan disempurnakan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT.

Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmaf Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.

Sembilan kakitangan UMT berkenaan enerima Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) itu adalah Afandi Abdul Ghani yang berjawatan sebagai Pegawai Laut, Azize Abdullah (Jurutera Kanan), Kamal Talib (Pegawai Belia dan Sukan) serta Mohd Ruhaifi Alias dan Mohd Yusmiza Mamat masing-masing menjawat Penolong Daftar Kanan.

Penerima lain, Ahmad Fazli Mohamed, Mohd Juhari Abd Kadir dan Mohd Ridzuan Mamat masing-masing merupakan Pegawai Kewangan serta Munirah Ahmad yang menjawat Penolong Akauntan.

Daripada 2,717 graduan, turut diraikan 41 graduan yang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PHD), Sarjana (163), Sarjana Muda (2,384) dan Diploma (129).

UMT sebagai institusi pengajian tinggi turut membantu dan memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga kemudahan lain kepada mana-mana kakitangan yang mahu melanjutkan pelajaran.


No comments: