Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sekolah Seluruh Terengganu Bersedia Hadapi Banjir


Sekolah di seluruh Terengganu diminta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelak kerosakan harta benda dan peralatan sekolah.

"Kita sudah mengenal pasti sekolah berisiko dilanda banjir dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu bersedia dari semua aspek termasuklah berpindah ke pusat peperiksaan tumpangan.

"Pada masa yang sama calon SPM pula akan tinggal di asrama atau sekolah bagi memastikan tumpuan kepada peperiksaan tidak terjejas," katanya.

A. Latiff berkata, semua sekolah diharap membuka sekretariat banjir dan bilik gerakan.

"Sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah ada info agensi yang akan membantu dan mereka perlu memaklumkan status cuaca dan perkembangan banjir dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, ibu bapa dan calon pula diingatkan perlu sentiasa mendapatkan info terkini banjir dari media massa rasmi atau berita media massa arus perdana sahaja.

No comments: