Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Saran Peniaga Nasi Bajet Di Terengganu Daftar Niaga



Mohd Jidin menyampaikan dokumen pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan  Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Semua peniaga jalanan terutama  yang menjual nasi bajet dan minuman di Terengganu disaran mendaftarkan perniagaan masing-masing  agar urusniaga lebih terkawal dan aspek kebersihan dapat dipantau.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, langkah itu penting bagi memastikan lokasi perniagaan selamat daripada gangguan lalu lintas dan perlu mendapatkan suntikan secara berkala.

Katanya, kerajaan tidak menghalang  mereka berniaga,  sewajarnya mengikut saluran betul untuk memastikan kawasan perniagaan mereka  selamat dan bersih.

“Pihak kami mengakui kebanyakan peniaga nasi bajet yang tumbuh bagai cendawan di Terengganu tidak mempunyai lesen.

“Melihat keadaan itu,  kerajaan tetap memantau dan tidak jemu menasihatkan agar peniaga mendapat lesen yang sah,”katanya.








Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Panduan Permohonan dan  Peraturan Pelesenan Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar

Mohd Jidin memberitahu, peraturan terdahulu banyak menyekat peluang peniaga kecil namun menerusi program itu dapat mempercepatkan proses kelulusan, menambah baik prosedur perniagaan serta mengurangkan kos penyampaian perkhidmatan.

“Kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dengan mengutamakan rakyat dan memanfaatkan PBT untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti,”katanya.



No comments: