Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Rehabilitasi Di Hotel Permai

Pelajar dan guru  mengaminkan doa sebaik selesai Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) . Foto Zukifli C W Putra



Kerajaan negeri akan mewujudkan pusat rehabilitasi berkonsepkan Pelancongan Penjagaan Kesihatan di bangunan lama Hotel Permai, Kuala Terengganu dengan menumpukan rawatan perubatan fisioterapi.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat dibawah selian TDM Berhad dan akan dikendalikan Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) itu akan diubahsuai dalam tempoh terdekat.

Katanya, apa yang dilaksanakan itu sebagai daya tarikan orang ramai ke Terengganu dengan menonjolkan keunikan perkhidmatan kesihatan, kemudahan fasiliti dan tempat yang menarik.

“Dengan adanya hospital KTS yang akan beroperasi tidak lama lagi, apa yang mahu ditonjolkan itu amat bersesuaian.


“Pelancong atau orang ramai yang mendapat rawatan di hospital atau pusat rehabilitasi boleh menginap di Hotel Permai tanpa perlu membuang masa untuk berulang alik dari kediaman masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  pada Majlis Khatam Al-Quran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2017 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Dato’ Othman Mutapha .


Seramai 15,000 pelajar KAFA seluruh Terengganu,  termasuk 4,958 peserta di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berjaya khatam al- Quran secara serentak dalam majlis yang disiarkan secara langsung yang melibatkan tujuh daerah.

Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga mencadangkan satu lagi lokasi pusat rehabilitasi iaitu di Tasik Kenyir kerana kawasan itu mampu memberi keselesaan, ketenangan dan bersifat kondusif kepada pesakit ketika menjalani rawatan fisioterapi.

“Kami sudah melihat model yang ada di Munich, Jerman untuk membuat konsep sama  di kawasan itu,” katanya.




No comments: