Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Produk BF Nano Vesicles Untuk Rawatan Kulit

Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi  bersama produk yang menggunakan formulasi nanovesicles ciptaannya. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila menghasilkan produk BF Nano Vesicles yang menjurus kepada teknologi bahan penyerapan pantas nanoteknologi bagi penggunaan dan rawatan kulit kosmeseutikal.

Ketua Penyelidiknya, Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini berkata, nanovesicles adalah inovasi produk kosmetik perubatan hybrid yang menggabungkan kesan penyerapan sepantas lima kali ganda daripada produk konvesional untuk memastikan keanjalan kulit kekal halus dan tegang sepantas 12 jam dan juga bersifat antiseptik iaitu berupaya melindungi kulit daripada bakteria merbahaya yang boleh berjangkit.

Katanya, nanovesicles diformulasikan daripada teknologi nanovesikel yang bersifat nanoteknologi digabungkan dengan ekstrak minyak pati pokok cucur atap atau nama saintifiknya Baeckea Frutescens yang tumbuh meliar di sekitar kawasan sekitar pantai Kuala Nerus.

“Setakat ini, set produk penjagaan kulit yang terdiri daripada Caliph Kids Serum, Jamu Mak Dara perfect skin solution Moisturizer SPF30, Jamu Mak Dara perfect skin solution Serum dan ZN IV DD Cream SPF50 telah menggunakan formulasi ini.

“Formulasi nanovesicles adalah produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi steroid dan bebas paraben dan juga menggunakan formulasi yang dirumus khas untuk kulit sensitif,” ujarnya kepada pemberita sempena Sidang Media Penyelidikan Dan Inovasi- Malim UMT di Galeri Korporat UMT, Kuala Nerus, semalam.

Pada majlis itu, UMT mengete­ngahkan kejayaan enam penyelidik institusi itu yang berjaya menghasilkan beberapa inovasi baharu dan memberi impak besar.

Mereka ialah Prof. Madya Dr. Noraznawati Ismail, Prof. Madya Dr. Wan Mohd. Khairul Wan Mohamed Zin, Prof. Madya Dr. Lam Su Shiung, Dr. Wan Iryani Wan Ismail, Prof. Madya Dr. Zul Helmi Rozaini dan Dr. Nor Azman Kasan.

Dr. Noraznawati merupakan pensyarah merangkap Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB) di UMT, manakala Dr. Wan Mohd. Khairul (pensyarah Pusat Pengajian Sains Asas), Dr. Lam (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan), Dr. Wan Iryani (pensyarah kanan PPSA), Dr. Zul Helmi (pensyarah di IMB) dan Dr. Nor Azman (pensyarah Institut Akuakultur Tropika).
Dr. Noraznawati berjaya meng­hasilkan sejenis alat pengesan Endotoxin pantas atau Tal Kit yang terhasil daripada penyelidikan ke atas darah belangkas.

Dr. Wan Mohd. Khairul pula menghasilkan AceTHIO-Sense iaitu bahan pengesanan organik hijau untuk pengesanan gas karbon dioksida dalam pemantauan pencemaran udara.

Dr. Lam dengan produk Pyro Fuel iaitu biobahan api daripada gelombang micro pyrolysis daripada sisa biojisim (biomass) yang fungsinya antara lain sebagai bahan bakar, boiler, penjanaan tenaga atau enjin kenderaan.

Sementara itu, Dr. Wan Iryani menghasilkan produk Marno atau Marine Nanoparticle Reducing Agent from Malaysia Shore yang merupakan bahan penurun yang dihasilkan daripada hidupan laut iaitu umpun-umpun ataupun polycheate.

Manakala Dr. Nor Azman de­ngan produk Rapid Biofloc iaitu teknologi hijau bagi pe­ngurusan udang dalam industri akuakutur.


No comments: