Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Potensi Pelajar Kurang Cemerlang UPSR Terus Digilap


Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah  (UPSR) 2017 apabila merekodkan peningkatan murid yang memperolehi semua A berbanding tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, pencapaian di seluruh Terengganu itu amat membanggakan hasil komitmen jitu semua pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua warga pendidik.

"Tahniah kepada yang berjaya mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Kepada yang kurang cemerlang, perlu buang jauh rasa kecewa kerana perjalanan untuk mencipta kejayaan di masa depan masih jauh.

"Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk belajar lebih tekun dan mampu menghasilkan keputusan yang pasti membanggakan semua pihak dalam peperiksaan awam seterusnya,"katanya kepada Teganukita, hari ini.

A. Latiff berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan pelajar yang kurang cemerlang, malah potensi mereka sentiasa digilap supaya mampu seiring rakan cemerlang lain.

Tambahnya, ibu bapa dan guru juga perlu memainkan peranan memberi motivasi berterusan agar pelajar kurang cemerlang mempunyai semangat untuk membaiki prestasi dalam pelajaran dan bangkit semula untuk membuktikan mereka juga mampu berjaya.

No comments: