Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Permata Ashman Jaya Muncul Johan Piala Pengerusi MAYC Marang



Pasukan Permata Ashman Jaya FC muncul johan Kejohanan Liga Sepakan Penalti Piala Pengerusi MAYC Kawasan Marang Terbuka Terengganu, semalam.

Kemenangan pasukan yang diketuai pengurus pasukan, Nik Rosidi Megat Deraman membolehkan mereka membawa pulang RM1,500, medal dan piala pusingan kejohanan.


Manakala naib johan menjadi milik Batu Enam FC (RM1,000 dan medal) dan ketiga serta keempat pula memihak kepada Bukit Guntong FC dan Barber Womoh FC.


Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM300 beserta medal.

Program dua hari bermula 24 November lalu di Padang Bola Kampung Rawai, Bukit Payong  berjaya menarik penyertaan 64 pasukan itu dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Alor Limbat, Saiful Bahri Baharuddin.


Turut hadir, Pengerusi MAYC Kawasan Marang merangkap Pengerusi MAYC Negeri, Amirullah Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung Rawai, Ngah Bidin.

No comments: