Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perlaksanaan NBOS Hulu Terengganu Cemerlang

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,DSP Adli Mat Daud membersihkan ruang tamu Fatimah Jusoh sambil di bantu oleh anggotanya.


Semua jabatan dan agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melaksnakan  Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dengan cemerlang dalam tempoh gelombang pertama banjir yang melanda Hulu Terengganu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu merangkap Komander Medan Operasi Bencana,DSP Adli Mat Daud berkata dengan kerjasama baik antara semua jabatan dan agensi serta masyarakat yang terlibat,tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di daerah ini.

"Kita akan meneruskan kerjasama ini dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memantapkan lagi SOP banjir di daerah ini.

"Dan jika ada berlaku permasalahan berkaitan sebarang bencana boleh terus menghubungi agensi berkaitan untuk diambil tindakan seterusnya,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Tangan Bersalam PDRM Pasca Banjir di Kampung Kuala Ping,hari ini.

DSP Adli Mat Daud menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Fatimah Jusoh di rumahnya di Kampung Kuala Ping


Menurut Adli, program kemasyarakatan di bawah 'Community Polising' ini dilaksanakan oleh PDRM bagi membantu mereka yang terjejas selepas pasca banjir.

"Dengan kekuatan lima pegawai kanan dan 40 anggota kami jangka dapat bersama-sama masyarakat untuk bersih empat buah rumah yang dilanda teruk banjir baru-baru ini.

“Pihak kami menasihatkan supaya mana-mana kediaman  mereka yang sering dilanda banjir agar sentiasa bersiap sedia dan berpindah awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,”katanya.

Sementara itu, pemilik rumah Fatimah Jusoh, 54, berkata pertolongan pada hari ini bagaikan pucuk di cita ulam mendatang saat ditimpa musibah.

Katanya, sebagai ibu tunggal kepada tujuh orang anak yang hanya mengharapkan hasil jualan roti canai,dia sudah tidak terdaya untuk membersihkan rumahnya kerana faktor kesihatan.

"Mak cik tinggal bersama dua orang anak sebab yang lain sudah berkeluarga jadi nak harapkan dua beradik ni memang tak sempat.

"Memang saban tahun la rumah mak cik dinaiki air setinggi 1.5 meter kerana  terlalu dekat dengan sungai Telemong iaitu lebih kurang 100 meter,”katanya.

No comments: