Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah

Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani.


Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa apabila berlindung di ruang tamu rumah penternaknya, sejak tiga hari lalu.

Pemilik haiwan itu, Rohani Mamat, 57, ini merupakan kali pertama dia membawa 14 ekor kambingnya bermalam dalam rumah selepas kandang ternakan yang terletak bersebelahan kediamannya itu rosak teruk akibat ditimpa ribut pada Ahad lalu.

Katanya, selepas kejadian tengah hari itu, dia dan suami, Ismail Othman, 60, meletakkan kesemua kambing berkenaan di bawah rumah untuk berteduh bagaimanapun terpaksa dibawa naik ke rumah ekoran hujan lebat dan kawasan sekitar yang mulai dinaiki air.

"Oleh kerana hujan lebat berterusan dan banjir maka tiada tempat untuk mereka bermalam jadi dalam pukul 3 pagi, saya biarkan 14 ekor kambing tu tidur di rumah sebab kasihan lagi pun sudah macam ahli keluarga sendiri.

"Sehingga hari ini sudah dua malam kesemuanya tidur dalam rumah. Saya cuma mahu haiwan peliharaan kami mendapat tempat berteduh yang selesa terutama pada musim tengkujuh ini,"kata ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, hari ini.



Menurut Rohani, antara pengorbanan yang dia dan suami terpaksa lakukan ialah mencuci ruang tamu selang empat jam sehari bagi memastikan kawasan berkenaan bersih daripada sebarang najis kambing.

"Sebelum ini, kambing-kambing semuanya kami bela kat rumah ibu di Kampung Matang dan baru sahaja dipindahkan ke sini sebaik sahaja kandang bernilai RM5,000 siap dibina.

"Tapi kejadian ribut baru-baru ini musnahkan segalanya dan ini merupakan pengalaman pertama kami menghadapi musim bah kali ni,"katanya.

No comments: