Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penduduk Tebakang Hidupkan Permainan Tradisi

Seramai 50 penduduk Kampung Tebakang, Marang menerusi Persatuan Belia Setia Pakat dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tebakang menganjurkan pertandingan permainan tradisional, di kampung itu,semalam.

Pengerusi Persatuan Belia Sepakat yang juga merangkap Pengerusi KRT Kampung Tebakang, Abd Karim Ibrahim berkata, kejayaan Pesta Sukan Air kampung berkenaan baru-baru ini turut mendorong penganjuran program itu, dalam usaha memupuk muafakat dan perpaduan di kalangan penduduk.


Menurut Abd Karim, antara permainan tradisi yang popular dipertandingkan contohnya seperti permainan congkok, gasing pukul, pekong cetong, game tanah, tarik upih pinang, 'zero fan', jalan tapak gajah (tempurung), bedil buluh, petik mata dan letak air dalam botol.

Katanya, bagi memperkenalkan permainan tradisi yang terdapat di seluruh negara kepada masyarakat kampung, sebagai permulaan pihaknya bercadang menganjurkan dalam skala yang lebih besar awal tahun depan.

No comments: