Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penduduk Pulau Perhentian Dan Redang Diberi Perhatian Jika Berlaku Banjir


Penduduk Pulau Perhentian dan Redang diberi perhatian utama jika kedua dua pusat pelancongan terkenal itu berlaku banjir pada musim tengkujuh tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, JKNT telah membuat persiapan awal dengan pelbagai kelengakapan perubatan dan penempatan kakitangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir di pulau berkenaan.

Katanya, tahap siapsiaga di dua pulau itu diberi keutamaan kerana kedudukan pulau terbabit agak sukar untuk membawa pesakit jika berlaku sebarang kes kecemasan berikutan ombak besar dan sukar untuk membawa pesakit ke darat dengan bot kecil.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar bekalan ubat-ubatan dan keperluan peralatan kira-kira 5,000 penduduk di pulau itu sejak sebulan lalu kepada klinik kesihatan di pulau berkenaan.


“Jika berlaku kes kecemasan dan kritikal yang memerlukan tindakan segera akan menghubungi Bilik Gerakan Banjir daerah atau negeri untuk mendapatkan khidmat helikopter,” katanya kepada media selepas pelancaran Projek Touch Point di Rumah Warga Tua Nur Saadah, Kampung Tok Dor, Jabi, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini 137 pasukan, terdiri daripada 68 pasukan perubatan dan 69 pasukan kesihatan, dengan keseluruhan anggota yang terlibat adalah 641 orang dari seluruh negeri akan dikerah pada bila-bila masa jika berlaku banjir.

"Setiap pasukan perubatan dianggotai oleh lima orang anggota yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu," katanya.

Manakala setiap pasukan kesihatan dianggotai oleh tiga orang anggota iaitu penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu.

“Pasukan perubatan ini bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta rujukan sekiranya terdapat mangsa yang memerlukan di pusat pemindahan.

“Pasukan kesihatan pula akan bertindak menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal kejadian penyakit berjangkit akibat banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Pihak jabatan juga telah mengarahkan semua hospital dan klinik kesihatan diseluruh negeri untuk menyediakan bekalan ubatan dan peralatan yang mencukupi serta ambulans berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya.

No comments: