Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pelajar Raih 10A PT3, Mangsa Pertama Banjir Di Besut


Seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi mangsa lemas pertama banjir di Besut, petang ini.

Mangsa, Zulfaiz Zukarmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong (SMKBP) ditemui di sungai kira- kira 150 meter dari rumahnya, di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut.

Kejadian berlaku kira- kira jam 5 petang ketika mangsa bersama enam rakan lain sedang melintasi sebuah jambatan di kampung itu.

Datuknya, Hashim Seman,61, berkata sebelum kejadian arwah beberapa kali meminta izin untuk keluar bermain air bersama rakan.

Bagaimpun, katanya, beliau bertanya arwah sama ada pandai berenang atau tidak tetapi arwah menjawab tidak pandai.

Katanya, beliau kemudian melarang arwah supaya tidak meneruskan hasratnya tetapi arwah merayu beberapa kali dan dia memberi izin.

Beliau berkata, tidak lama selepas arwah keluar rumah beliau menerima berita cucunya ditemui mati lemas.

Katanya, arwah dipercayai tergelincir ketika melalui jambatan itu dan air sedang naik di atas jambatan.

" Mayat arwah ditemui bapa saudaranya kira-kira dua meter dari tempat dia tergelincir" katanya ketika ditemui di Hospital Besut, malam ini.

Hashim berkata, arwah yang menduduki peperiksaan kertas akhir subjek Kimia kelmarin sebelum ini banyak membantu mengemas barang rakan- rakan untuk dibawa pulang ke rumah.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdul Halim Hassan berkata, mengikut rekod arwah adalah pelajar cemerlang sekolah itu dan mendapat 10A dalam penilian Penaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Katanya, arwah adalah antara pelajar harapan peperiksaan SPM sekolah itu tahun ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

No comments: