Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Nasi Dagang, Keropok Lekor Terengganu Tembusi Pasaran London


Sebanyak 10,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memasuki pasaran London bermula 30 November ini.

Pengurus Besarnya, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, daripada jumlah tersebut, 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor akan dihantar terus melalui penerbangan tanpa henti Maskargo.




Katanya, ianya bakal melakar sejarah di mana makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor bakal diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage yang juga merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar Kota Raya London.

"Kita yakin penghantaran pertama ke pasaran di United Kingdom ini bakal menjadi titik tolak kepada penetrasi potensi pasaran-pasaran lain termasuk kotaraya Dubai, Mekah dan Madinah di Asia Barat.




"Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom dan Eropah serta di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Tengku Zulkarnain berkata, penyediaan dua makanan tersebut yang amat mudah dan ringkas merupakan antara faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London.


“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan.

“Dua makanan tradisional ini secara tidak langsung mampu menonjolkan imej Terengganu sebagai salah satu daripada makanan tradisi turun temurun yang sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja di samping ianya juga merupakan antara produk pelancongan yang mampu menggamit masyarakat di United Kingdom untuk mengenali lebih dekat produk dan destinasi pelancongan di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, keunikan pembungkusan produk sejuk beku tersebut juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi negeri cantik budaya menarik yang menerujakan, malah Terengganu juga terkenal sebagai destinasi makanan tradisi yang berjaya menambat hati setiap pengunjung.

No comments: