Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MOA Sedia Kerjasama SPRM, Polis Tangani Ketirisan Bantuan Pertanian


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam penyaluran bantuan oleh kementerian berkenaan.

Menterinya, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, memandangkan kementerian itu paling banyak menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat serta tidak menafikan kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan bantuan berkenaan.

“Ketirisan mungkin berlaku yang melibatkan penerima bantuan yang tidak layak ataupun pihak yang menguruskannya mengambil kesempatan kerana ianya melibatkan penerima yang ramai dan peruntukan yang besar," katanya selepas diminta mengulas mengenai kes penyelewengan  pemberian subsidi baja dan racun berjumlah RM80 juta yang didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan simulasi pengurusan pusat pemindahan banjir di Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pasir Gajah, Kemaman, petang tadi.

Shabery berkata, akhbar berkenaan mendedahkan kemungkinan wujudnya sindiket menjual baja dan racun.

“Sindiket baja dan racun yang dibekalkan kementerian tersebut adalah secara percuma kepada golongan petani.

“Bagaimanapun sindiket berkenaan dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada kementerian pertanian sebagai bayaran kepada bekalan yang diterima oleh petani terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, kementeriannya turut mengalu-alukan siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkaitan untuk menentukan sama ada perkara yang didakwa itu berasas atau sebaliknya.

“Saya juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai untuk membanteras penyalahgunaan pemberian bantuan subsidi itu,” katanya.

No comments: