Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Media Diharap `Cerna' Isu Bantu Kemenangan Selesa PRU14 - Pengarah UKOM

Sebahagian media yang memeriahkan program Kolaborasi UKOM-Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) berharap pengamal media di Terengganu `mencerna' segala isu dan perkembangan dalam negeri dengan sebaik-baiknya supaya dapat menghasilkan berita yang mampu membantu menaikkan imej serta mempromosikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus memberi kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14 ) nanti.

Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, peranan media sangat penting khususnya jika berpaksikan pengolahan berita yang tepat, bertanggungjawab dan juga benar sebagai pegangan utama. 

Beliau yang juga Pengerusi Biro Penaziran UMNO Terengganu berkata, kerajaan negeri menerusi kepimpinan utama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengotakan pelbagai janji dan juga perancangan menerusi manifesto pilihan raya yang lalu apabila 90 peratus daripadanya sudah dilunaskan demi manfaat rakyat Terengganu keseluruhannya.


"Apa sahaja kebaikan dan kemajuan yang dilaksanakan Kerajaan BN ini adalah berpaksikan kepada kepentingan rakyat. Malah projek dan juga inisiatif yang dilaksanakan pada era kepimpinan terdahulu juga diteruskan kepada golongan sasar ini. Oleh yang demikian, YAB MB sendiri juga mahu setiap perkara positif itu dicerna dengan sebaik mungkin oleh golongan media supaya nanti  dapat menguar-uarkan kebaikan itu kepada rakyat.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan segala keperluan dan menjaga kebajikan rakyat, bagaimanapun jika tidak diceritakan dan diolah sebaik mungkin perkara itu tidak sampai serta difahami dengan jelas oleh rakyat terutama di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan rakan media di Majlis Kolaborasi UKOM - Media Massa, di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) UKOM, Ruslan Abdul Rahman dan ketua-ketua biro agensi media Terengganu.


Majlis berkenaan turut meraikan barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) bagi penggal 2017/2019 yang baru dilantik sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kelab itu, pada 16 November lalu.

Muda turut memberitahu, UKOM bersama kerajaan negeri dan Pejabat Menteri Besar akan menyelaras pelbagai program bersama Kawat serta media lain bagi memastikan golongan sasar itu sentiasa mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan negeri dan agensi kerajaan supaya dapat membantu menaikkan imej negeri menerusi liputan menyeluruh dan positif menggunakan saluran media masing-masing.

Tambahnya, program tahunan pengamal media bersama Menteri Besar  seperti Retreat Media dan Berbuka Puasa Bersama Media  juga akan diteruskan sebagai meraikan golongan itu yang sudah banyak memberi kerjasama dan membantu melonjakkan negeri serta mencorak pemikiran rakyat selama ini.


No comments: