Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Ziarah Jenazah Isteri Anggota PGA Gong Badak


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menziarahi Allahyarham Zizah Cik Hassim, isteri anggota Pasukan Gerak Am (PGA), di Kuaters PGA, Gong Badak, Kuala Nerus yang meninggal dunia pagi tadi. 

Allahyarham dikatakan meninggal dalam tidur dan kejadian itu disedari jiran mangsa sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ahmad Razif yang diiringi pegawai-pegawai dari PGA serta beberapa penduduk tiba kira-kira jam 2 petang tadi di rumah Allahyarham. 

Difahamkan suami Allahyarham, berada di Johor dan dalam perjalanan pulang ke Terengganu. 

Susulan itu, dalam kunjungan berkenaan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap keluarga terbabit bersabar menghadapi ujian itu.

No comments: