Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Terengganu Rakam Simpati Mangsa Banjir Pulau Pinang


Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang dilanda banjir besar.

Beliau meminta agar mereka yang terbabit bertenang dan bersabar menghadapi ujian Tuhan itu.

"Dalam keadaan sekarang yang penting ialah menyelamat dan membantu mangsa tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan parti.

"Biasanya pada masa sekarang (November), banjir melanda Pantai Timur tetapi ketentuan Tuhan mengatasi kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau yakin, kerajaan Barisan Nasional(BN)  sentiasa membantu negeri negeri dilanda banjir kerana BN adalah kerajaan yang adil, prihatin rakyat dan sentiasa membantu rakyat.

Keadaan hujan yang berterusan sejak jam 12 tengah hari semalam menyebabkan banyak kawasan di Pulau Pinang terjejas berikutan banjir yang melanda.

Banjir tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan lumpuh akibat jalan utama di negeri tersebut ditenggelami air.

Selain itu, sejumlah 1,968 mangsa banjir ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir di empat daerah di negeri tersebut.

No comments: