Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Tanggung Kos Bawa Balik Jenazah Mangsa Tangki Meletup



Saya bersedia menanggung segala kos bagi membawa jenazah dua anak Terengganu yang terlibat dalam kebakaran sebuah tangki simpanan diesel di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang, semalam, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dua dari tiga mangsa adalah anak Terengganu iaitu Norhafizam Ab. Rahman, 28 dari Kampung Batin Seberang Takir dan Zamri Adenan, 37 dari Kampung Surau Haji Daud.

Menurut Ahmad Razif, beliau menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memohon supaya ahli keluarga mangsa bersabar dengan musibah yang menimpa.

"Saya merasa sedih dan terharu apabila
dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh wakil perantau di Lembah Klang yang mana melibatkan anak Terengganu dalam kejadian itu,"katanya.

Beliau berkata demikian dari Jerman kerana mengadakan lawatan rasmi ketika dihubungi hari ini.

Beliau berharap, ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan itu selain mengarahkan wakil perantau menguruskan segala keperluan yang berkaitan dalam pengurusan jenazah kedua-dua anak Terengganu terbabit.

"Segala kos berkaitan pengurusan jenazah berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri', ujarnya.

Mengikut satu laporan media atas talian,dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, tiga pekerja warga tempatan sedang melakukan kerja penyelenggaraan atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh.

Susulan itu, 750,000 liter diesel dalam tangki berkenaan dipindahkan sejak malam tadi bagi membolehkan pasukan bomba mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

No comments: