Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB, Dua Exco Terima Pengiktirafan Bomba





Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W Putra

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Manakala dua exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pula menerima anugerah Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba.


Pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pengarah jabatan itu, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.


Wan Mohd berkata, penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Ahmad Razif bersama barisan pemimpin lain dalam membangunkan Terengganu.

Katanya, anugerah itu juga sebagai menyanjung keprihatinan pemimpin berkenaan yang sering memantau dan turun padang apabila berlaku bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran.

“Tidak pernah jemu menyokong kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran anjuran jabatan Bomba dengan matlamat menjadikan  Terengganu antara negeri paling selamat untuk dilawati atau didiami,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong

Katanya, ia juga bagi menjadikan Ahmad Razif  sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.

“Idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemerlang,”katanya.


No comments: