Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Makanan Di Pusat Pemindahan Banjir Bagai Di Restoran



Biarpun berstatus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tetapi makanan yang disediakan untuk mangsa banjir hampir sama dengan restoran.

Begitulah pandangan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut yang mendapat layanan makan minum sama seperti disediakan di mana-mana kedai makan.

Penyediaan pelbagai menu menarik dan lazat mulai sarapan pagi, makan tengahari dan malam menyebabkan mangsa banjir tidak pernah merungut mengenai aspek itu, malah berasa gembira walaupun terpaksa tinggal beramai-ramai sementara waktu.


Mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan mengikut kesesuaian waktu yang ditetapkan oleh pengurusan PPS.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pihaknya menyediakan 20 tukang masak khas yang bertugas mengikut giliran bagi menyediakan makanan dengan mencukupi dan bersih kepada mangsa banjir.


Katanya, petugas memasak dianggotai Wanita dan Puteri UMNO serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut

"Apabila cukup waktu minum dan makan petugas akan menyembunyikan loceng dan mangsa beratur untuk mendapatkan makanan," katanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kasim yang kebetulan melawat pusat itu turut dibawa melawat ke bahagian dapur.

Shahidan turut memuji cara penyediaan makanan yang turut dianggap sama seperti di restoran dan disajikan dalam keadaan cukup bersih.

" Mangsa banjir di sini sememangnya istimewa dan jarang berlaku ditempat lain, katanya.

No comments: