Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Larangan Bertudung Mengarut - Ahmad Razif

Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian Puteri UMNO di Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh. Zulkifli C.W. Putra 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman membidas larangan bertudung kepada wanita Islam yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (front line desk) hotel dan menyifatkan larangan itu sebagai menafikan kebebasan beragama.

Menurutnya, tindakan itu adalah sesuatu yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita mana boleh ada konsep atau ada arahan yang macam itu, tidak betul. Ianya hak individu.

“Kita tidak boleh menentukan bahawa pekerja yang kita ambil itu syaratnya tidak boleh pakai tudung, ini suatu perkara yang mengarut.

“Kena hormatlah, negara kita adalah negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi dan jelas kita turut menghormati agama lain,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan-Cawangan Seluruh Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemilik hotel yang melarang pekerja hotel di bahagian perkhidmatan pelanggan bertudung.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri menentang sekeras-kerasnya perkara terbabit.

“Saya sudah mengarahkan Pihak berkuasa Tempatan membuat semakan ada atau tidak hotel di negeri ini mengenakan syarat sedemikian, kalau ada kita tidak akan benarkan hotel tersebut beroperasi.

“Ini adalah amaran keras daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Baru-baru ini Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Isu ini tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan kakitangan hotel mengadu pekerja wanita Islam diarahkan menanggalkan tudung mereka.

No comments: