Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lapan Jabatan Kerajaan Negeri Cemerlang Terima Insentif RM20,000

Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri antara jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauantabiliti 2016. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Lapan jabatan dan agensi kerajaan negeri berjaya menerima Sijil Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016.

Jabatan berkenaan adalah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Setiu, Pejabat Tanah Dungun, Pejabat Tanah Hulu Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kemaman, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bersetuju memberikan insentif sebanyak RM 20,000 kepada setiap jabatan yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang itu sebagai penghargaan kepada kakitangan dan jabatan berkenaan.

“Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang diperkenalkan pada tahun 2007 memberi impak yang positif dan menjadi penanda aras ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan pengurusan kewangan bagi jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini.

“Saya sangat berbesar hati kerana beberapa jabatan dan agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang menerima anugerah persijilan ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Indeks Akauntabiliti Jabatan Dan Agensi Negeri Pada Tahun 2016 Dan Pelancaran Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.

Wan Nawawi berkata, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada hari ini, pengurusan kewangan secara sistematik, bersepadu dan terkawal, amatlah penting agar perencanaan ekonomi serta pembangunan negeri dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Oleh itu, setiap ketua jabatan dan pegawai haruslah memantau pengurusan kewangan organisasi masing-masing agar sentiasa dikendalikan dengan efisien,” ujarnya.


Sementara itu, beliau turut memuji Unit Audit Dalam SUK Terengganu kerana berjaya menerbitkan Buku Senarai Semak Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti.

“Tahniah dan syabas kepada yang terlibat, saya percaya Senarai Semak ini mampu memberikan panduan mudah kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan negeri sekali gus memantapkan pengurusan kewangan sebagai komponen terpenting dalam aktiviti tadbir urus sektor awam,” ujarnya.

No comments: