Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

KRT Perlu Manfaat Media Sosial Di Terengganu

Burhanuddin Daud 

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diTerengganu perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform  mempromosikan program atau maklumat berkenaan peranan badan sukarela itu kepada orang ramai di negeri ini.

Pengarah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu , Burhanuddin Daud berkata, maklumat yang disampaikan perlulah tepat dan benar bagi memastikan masyarakat mengetahui kewujudan dan peranan KRT dalam komuniti.

"Kita mempunyai 491 KRT di seluruh negeri dan kesemuanya digalakkan membuka akaun facebook, twitter ataupun instagram bagi membuat hebahan maklumat dengan lebih cepat.

"Ini selaras dengan perkembangan terkini dunia tanpa sempadan, tanggungjawab KRT juga menjadi mencabar dalam memasarkan maklumat kepada rakyat di peringkat akar umbi tanpa ada yang tertinggal," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Kuala Kejir & Tengkawang, di Kuala Kejir, Hulu Terengganu. hari ini.

Katanya lagi,media sosial memainkan peranan penting pada masa kini dan tidak ada siapa boleh menafikan pengaruhnya yang mampu mengubah senario dan landskap sesebuah negara.

Kira-kira 87 peratus maklumat berita diperolehi generasi sekarang melalui media sosial, manakala selebihnya (media konvensional).

No comments: