Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Mahu JPS Kaji Punca Banjir

Menteri Besar menyapa sekumpulan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan Kampung Kepah, Telemong. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri mahu Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melaksanakan kajian terperinci punca banjir di beberapa daerah di Terengganu walaupun hujan dalam tempoh hanya dua hari.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kajian itu bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan banjir besar dan usaha bagi menangani banjir besar berulang.

"Biasanya banjir akan berlaku jika hujan lebat turun dalam tempoh lima hingga enam hari, ini tidak..baru dua hari dah berlaku banjir besar.


"Jadi saya minta pihak JPS melihat apa permasalahan yang menyebabkan perkara ini berlaku dan mengenal pasti punca dan mencari penyelesaiannya,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Seri Puteh, Kampung Tok Lawit,Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.

Terdahulu, beliau turut melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Seri Budiman, Kampung Kepah dan di Tengkawang.

Hadir sama, isteri Menteri Besar To' Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat, ADUN Ajil, Ghazali Taib,Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, Azlimin Mat Nor.


Ahmad Razif juga bimbang jika punca berlakunya banjir disebabkan projek pembangunan yang sedang dijalankan  termasuklah sistem perparitan yang tidak sempurna.

Beliau seterusnya meminta JPS mempercepatkan urusan yang berkaitan rekabentuk dan teknikal sistem pengairan negeri

Walau bagaimanapun, beliau berkata situasi banjir di Terengganu masih terkawal walaupun berlaku peningkatan kawasan terlibat banjir dan mangsa yang berpindah di beberapa daerah.

Sehingga tengahari tadi, sebanyak 35 tempat pemindahan dibuka di seluruh negeri melibatkan seramai 1,748 mangsa di enam daerah terlibat.

No comments: